Friday, 11 December 2009
UMRAH AUG 2008 : MASJIDIL HARAM - KA'ABAH
Inilah Hijir Ismail yang mana bersolat di dalamnya adalah sama fadilat bersolat dalam Ka'abah itu sendiri
Ini pula adalah Maqam Ibrahim iaitu batu tempat kaki berpijak oleh Nabi Ibrahim dalam pembinaan Ka'abah. Batu ini adalah dari syurga yang mana akan bertambah ketinggiannya mengikut tingginya binaan Ka'abah yang sedang dijalankan. Maqam Ibrahim ini adalah mu'jizat Nabi Ibrahim dari Allah yang kekal hingga kini. Keutamaan Maqam Ibahim adalah seperti firman Allah dalam s al-Baqarah 2:125 " Dan Jadikanlah sebahagian ma'qam Ibrahim tempat solat".
Inilah Ka'abah iaitu kiblat seluruh umat Islam.
Ini adalah Multazam yang terletak antara Hajar Aswad dan Pintu Ka'abah. Multazam adalah tempat dimakbulkan doa dan disini tempat yang disunnahkan berdoa sambil melekapkan pipi, dada, lengan dan kedua tapak tangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment